Monday, 5 November 2012

LATIHAN 1. 
BINA AYAT YANG LENGKAP BERDASARKAN GAMBAR-GAMBAR BERIKUT :-




1. ____________________________________________

    ____________________________________________








2. ____________________________________________

    ____________________________________________







3. ________________________________________________

    ________________________________________________





4. ____________________________________________

   








5. ___________________________________________

    ____________________________________________












SEKIAN.
 SEMOGA ANDA SEMUA MENDAPAT MANFAAT DARIPADA BLOG YANG DIHASILKAN INI.

NAMA : NORLAILA BT. ABDULLAH
NO.MATRIK : D20112054537











KESALAHAN UMUM TATABAHASA YANG SERING DILAKUKAN OLEH MURID-MURID DI SJK (c) SEMASA MEMBINA AYAT.




 Kesalahan penggunaan kata sendi nama.
(a) Kesalahan penggunaan kata ‘dari’ dan ‘daripada’. Contohnya :

(i) Dia berjalan kaki daripada Kota Tinggi.
( Dia berjalan kaki dari Kota Tinggi )

(ii) Saya menantinya daripada pukul dua petang.
( Saya menantinya dari pukul dua petang )


Kesalahan penggunaan penjodoh bilangan.
(a) Penjodoh bilangan tidak boleh digandingkan dengan kata nama abstrak. Contohnya :

(i) Perpaduan perlu dipupuk dalam sebuah masyarakat yang berbilang kaum.
( Perpaduan perlu dipupuk dalam masyarakat yang berbilang kaum )

(ii) Dia harus bertindak segera untuk mencapai sebuah impian.
( Dia harus bertindak segera untuk mencapai impian )

(b) Penjodoh bilangan tidak boleh digunakan dengan kata bilangan yang tertentu. Contohnya :

(i) Sebahagian orang penduduk
(ii) Para orang pelajar
(iii) Segala ekor binatang
(iv) Seluruh buah negeri
(v) Setengah-setengah orang peserta.

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA TERBITAN / IMBUHAN

1. Kesalahan penggunaan proses morforfonemik.

Proses morforfornemik ialah proses penggabungan imbuhan + kata dasar yang huruf awalnya ‘p’ , ‘t’ , ‘k’ dan ‘s’. Apabila proses ini berlaku huruf awal tersebut digugurkan dan digantikan dengan huruf penyengauan iaitu ‘p’ è ‘m’ , ‘t’ è ‘n’ , ‘k’ è ‘ng’ dan ‘s’ è ‘ny’. Contohnya :
pe + panah è pemanah
meN + karang è mengarang
peN + selam è penyelam
meN + tahan è menahan

Terdapat kekecualian, proses ini tidak boleh berlaku untuk semua kata pinjaman.
2. Kesalahan penggunaan imbuhan ‘meN---i dan ‘meN---kan’.

Kedua-dua imbuhan ini hadir dalam ayat yang mengandungi kata kerja transitif. Kesalahan berlaku apabila dalam ayat mengandungi objek tepat dan objek sipi. Contohnya :

(a) Pak Osman menghadiahkan Ahmad sebuah basikal
(b) Baginda menganugerahkan pahlawan itu bintang kehormatan.
(c) Halimah menghidangi sepinggan kuih kepada tetamu itu.
(d) Tuhan mencucuri rahmat kepada kami.

Ayat (a) salah kerana ‘Ahmad’ merupakan objek tepat dan ‘sebuah basikal’ adalah objek sipi. Begitu juga ayat (b). Oleh sebab itu, perkataan ‘menghadiahkan’ mesti ditukar kepada ‘menghadiahi’. Ayat (b) ‘menganugerahkan’ kepada ‘menganugerahi’. Selain itu juga, imbuhan ‘meN----i hanya boleh hadir di depan KN rujukan manusia ( orang ).

Ayat (c) salah kerana ‘sepinggan kuih’ merupakan objek sipi dan ‘tetamu itu’ adalah objek tepat. Oleh sebab itu perkataan ‘menghidangi’ mesti ditukar kepada ‘menghidangkan’. Ayat (d) ‘mencucuri’ kepada ‘mencucurkan’. Selain itu imbuhan meN-----kan hanya boleh hadir di depan KN rujukan bukan manusia.






CONTOH BINAAN AYAT YANG LENGKAP DAN GRAMATIS

BINA LIMA AYAT YANG LENGKAP BERDASARKAN AKTIVITI YANG TERDAPAT DI DALAM GAMBAR DI BAWAH



1. Kumpulan pancaragam sekolah melakukan perarakan mengelilingi padang sekolah sempena hari sukan.

2. Ketua pasukan rumah kuning itu membawa bendera semasa melakukan perbarisan.

3.Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Dan Guru menyampaikan ucapan sebelum acara sukan bermula.

4. Seorang pemenang acara lumba lari bersalaman dengan guru besar sambil mengucapkan terima kasih.

5. Para peserta lumba lari sedang bersedia di garisan permulaan.







Saturday, 3 November 2012

CARA BINAAN AYAT BERDASARKAN GAMBAR ADALAH SEPERTI BERIKUT :-


1.WATAK + AKTIVITI/PERBUATAN + TEMPAT + TITIK

2. WATAK PULA TERDIRI DARIPADA :
A) NAMA ORANG
B) (SEORANG ATAU JUMLAH)  BUDAK (LELAKI ATAU PEREMPUAN)
C) BEBERAPA ORANG (LELAKI ATAU PEREMPUAN)


CONTOH BINAAN AYAT YANG GRAMATIS DAN LENGKAP BERDASARKAN GAMBAR.




1. Dua orang wanita menjinjing sebuah beg tangan ketika menghadiri majlis perkahwinan itu.


ATAU


2. Puan Mazni dan Puan Norlaila menjinjing sebuah beg tangan ketika menghadiri majlis perkahwinan itu.


* Perlu diingat kata kerja, aktiviti atau perbuatan yang sama tidak boleh diulang pada ayat yang lain.


CONTOH 

1. Puan Mazni menjinjing sebuah beg tangan ketika menghadiri majlis perkahwinan itu.   

2. Puan Norlaila menjinjing sebuah beg tangan ketika menghadiri majlis perkahwinan itu.   

Aktiviti yang sama iaitu menjinjing adalah salah.

- Pastikan tanda baca betul seperti huruf besar pada permulaan ayat dan nama orang atau titik di akhir ayat.

- JANGAN gabungkan dua ayat menjadi satu.

Contoh :

1. Puan Mazni menjinjing sebuah beg tangan manakala Puan Norlaila juga sedang menjinjing sebuah beg tangan semasa menghadiri majlis perkahwinan itu.




UPSR KERTAS 2 PENULISAN 

BAHAGIAN A



PANDUAN :

1. Pada Bahagian A pelajar diminta membina 5 ayat berdarkan gambar.

2. Biasanya terdapat tiga jenis arahan iaitu : -

a) Bina lima ayat berdasarkan gambar
b) Bina lima ayat berdasarkan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar
c) Bina lima ayat berdasarkan situasi yang terdapat dalam gambar.

3. Murid perlu lihat dengan teliti gambar yang ditunjukkan. Cuba kesan apa yang sedang dilakukan oleh 'orang' yang terdapat di dalam gambar.

4. Catatkan di tepi gambar lima aktiviti yang dilakukan oleh orang tersebut.

Contoh :

GAMBAR (1)





 Meniup

1. Seorang budak perempuan meniup api lilin di atas sebiji kek itu.


(Membina ayat berdasarkan gambar)





GAMBAR (2)



Mandi-manda
1. Beberapa orang kanak-kanak sedang bermandi-manda di tepi laut yang jernih airnya.
(Membina ayat berdasarkan aktiviti)


Gembira

2. Bapa kanak-kanak ketawa kerana gembira melihat telatah anak-anaknya.
(Membina ayat berdasarkan situasi)

Sunday, 30 September 2012

LIMA MASALAH UTAMA YANG DIHADAPI DALAM PELAKSANAAN BAHASA MALAYSIA  DAN EMPAT TEKNIK PENGAJARAN YANG BERKESAN DI SJK (C)


1. Faktor murid yang berkaitan dengan sikap negatif murid iaitu tidak dan kurang berminat mempelajari Bahasa Malaysia, tidak membuat kerja rumah dan tidak menumpukan perhatian.

2. Murid tidak fasih bertutur dalam BM, sebutan kurang jelas dan gemar bertutur bahasa ibunda.

3. Peruntukan masa tidak mencukupi dan bilangan murid yang terlalu ramai.

4. Murid sukar memahami BM sama ada dibaca atau diajar dan tidak memahami makna perkataan dan ayat.

5. Guru Melayu tidak mempunyai kepandaian dalam dwi bahasa, dan ada juga guru yang kurang mahir dalam skima pemarkahan kertas penulisan.


TEKNIK YANG BERKESAN



1. TEKNIK LATIH TUBI

2. TEKNIK BERCERITA

3. TEKNIK MENGHAFAL

4. TEKNIK BERBINCANG




Friday, 28 September 2012

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) KIM SEN,
JALAN KULIM, 14000 BUKIT MERTAJAM.


Saya telah berkhidmat di sekolah ini sejak 1 Januari 1998. Umum mengetahui bahasa pengantaraan yang digunakan di SJK ( C ) ialah Bahasa Mandarin. Bagi kami guru yang berbangsa Melayu ini akan mengajar mata pelajaran utama iaitu Bahasa Malaysia dan mata pelajaran kemahiran lain seperti Pendidikan Seni, Muzik dan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan. 

Pada permulaan awal saya ditugaskan di sekolah ini saya mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan cara budaya, pergaulan dan adat resam. Ibu bapa murid juga adakalanya berpandangan negatif terhadap guru berbangsa Melayu ini kerana bimbang tidak dapat mengajar anak mereka dengan baik. Mereka lebih yakin dengan pengajaran guru yang dapat menguasai dwi bahasa agar memudahkan penterjemahan dari Bahasa Malaysia ke Bahasa Cina.

Lama-kelamaan mereka faham akan hasrat saya guru Melayu untuk mendidik mereka dengan bersungguh-sungguh tanpa ada perasaan diskriminasi kerana walau di mana saya bertugas baik SK atau SJK(C) itu pahala dan ganjarannya tetap ada di sisi Allah SWT. Saya juga telah tunjukkan kasih sayang terhadap anak-anak murid ini seperti anak-anak saya juga.